Siakap Keli

Abang ‘Kenduri Kari Kepala Kambing’ Mengaku Bersalah

LELAKI yang merakam video ‘kenduri kepala kambing’ sambil mempersendakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam kejadian di Langgar, Mukim Telaga Mas, Pokok Sena, Kedah pada minggu lalu, telah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, Alor Setar hari ini.

Sumber BERNAMA melaporkan, tertuduh, 49, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan prosiding menjatuhkan hukuman kepada 11 Mei ini bagi mendapatkan laporan penuh forensik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan fakta kes.

Justeru, mahkamah membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, diikat jamin dengan RM6,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu keputusan hukuman berkenaan.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.