Siakap Keli

“Kita Berperang Dengan Musuh Yang Tak Dapat Dilihat, ” – Khairy Jamaluddin

Baru sebentar tadi, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa  Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 nanti.Hal ini bagi membendung gejala wabak Covid-19 ini.

Menerusi status pada lama Twitter YB Khairy Jamaludin atau lebih mesra dengan ‘abah KJ’ menunjukkan kesokongannya terhadap pengumuman sebentar tadi. Walaupun ia seperti membebankan rakyat, namun untuk menjaga kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, pihak kerajaan perlu bertindak seperti ini.

“Melanjutkan tempoh kawalan pergerakan ini tidak dibuat dengan mudah”

Jika Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan terlalu awal, segala pengorbanan rakyat selama beberapa hari yang duduk dirumah menjadi sia-sia sahaja.

Kita sedang berperang dengan musuh yang tidak dapat dilihat. Zaman perang memerlukan pengorbanan yang luar biasa. Sekiranya lengkung jangkitan tidak dapat diratakan mungkin kita tidak cukup peralatan kesihatan seperti ventilator & katil ICU untuk merawat pesakit.

Pada hari Jumaat, PM akan umumkan beberapa lagi langkah tambahan untuk membatu ekonomi rakyat. Kerajaan sedar, krisis COVID-19 telah menjejaskan pendapatan rakyat. Kita akan buat yang terbaik untuk membantu ekonomi rakyat pada waktu ini.

 

Sumber: YB KJ

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.