Siakap Keli

KKM Sahkan Kematian Ke-17 Akibat Covid-19

Kes jangkitan dan kematian di negara kita saban hari kian meningkat akibat daripada wabak Covid-19 yang melanda di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Perintah Kawalan Pergerakan juga telah dikuatkuasakan bagi membendung gejala ini.

Terkini, dalam satu perkongsian daripada laman Facebook Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan satu lagi berita sedih buat rakyat Malaysia di mana satu kematian telah dicatat pada hari ini. Jumlah kumulatif untuk kes kematian adalah 17 orang.

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 17 orang setakat ini.

Kes kematian ke-17 (kes ke-1251) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 66 tahun dengan latarbelakang beberapa penyakit kronik.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020. Keadaan beliau kritikal semasa tiba di Jabatan Kecemasan dan seterusnya memerlukan bantuan pernafasan pada hari yang sama. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.