Siakap Keli
Kredit: Google

Lebih 100,000 Kes Baru Positif COVID-19 Dilaporkan Di Seluruh Dunia Dalam Masa Beberapa Hari

Dalam tempoh kurang seminggu, angka kes positif COVID-19 naik di seluruh dunia kepada 422,584 kes daripada 311, 198 kes beberapa hari lalu.

Menurut data Worldometer, sebanyak 43,815 kes dicatatkan semalam dengan 11,089 kes daripadanya melibatkan penduduk Amerika Syarikat (AS).

Angka itu mengatasi pertambahan kes di negara Eropah paling teruk dilanda wabak, Itali yang mencatatkan peningkatan 5,249 kes semalam.

Menurut New York Times, kerajaan AS menggesa rakyatnya yang keluar dari New York untuk menjalankan kuarantin secara sukarela selama 14 hari. Hal ini berikutan 60 peratus kes terbaru koronavirus di negara berkenaan berlaku di bandar tersebut.

Penyelaras tindak balas koronavirus, Dr Deborah Birx mengesahkan kemunculan titik panas jangkitan baru di Long Island. Menurutnya, titik panas itu menunjukkan orang ramai yang meninggalkan New York mula menyebarkan virus.

“Semua orang yang pernah berada di New York patut mengkuarantin sendiri untuk 14 hari akan datang bagi memastikan virus tidak merebak kepada orang lain tidak kira ke mana sahaja mereka pergi, sama ada Florida, North Carolina atau sejauh Long Island,” katanya.

Sementara itu, Washington dilaporkan menggunakan padang bola untuk membina hospital bagi merawat pesakit COVID-19 yang bertambah.

Sumber: New York Times, Worldometer

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.