Siakap Keli

Marrybrown Menyokong Petugas Barisan Hadapan Dalam Menangani COVID-19

MALAYSIA, 25 Mac 2020 – Gelombang Covid-19 yang melanda Malaysia menimbulkan perasaan bimbang dan takut dikalangan masyarakat negara dimana ramai yang sedang menerima rawatan di hospital akibat virus ini. Perintah Kawalan Pergerakan (RMO) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini juga menyebabkan pergerakan terhad buat semua.

Walau bagaimanapun, petugas barisan hadapan tetap bekerja keras berkhidmat untuk negara – terutamanya petugas-petugas dalam perkhidmatan perubatan, penguatkuasa undang-undang, dan perkhidmatan penting yang bekerja sepanjang masa untuk memastikan keselamatan rakyat Malaysia sepanjang tempoh ini.

Sebagai tanda penghargaan untuk keberanian mereka, Marrybrown, sebuah restoran rangkaian makanan Halal segera yang terbesar di Malaysia ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan para petugas barisan hadapan kekal sihat, cergas, dan tidak berperut kosong dalam usaha mereka untuk menangani penularan wabak Covid-19.

“Sepanjang tempoh cabaran ini, para petugas barisan hadapan adalah wira kami dalam memastikan rakyat kita selamat dari pandemik ini sambil memastikan keharmonian dan keamanan di sekeliling kita,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Ekskutif Marrybrown.

“Dalam kesibukan kerja, para pegawai kesihatan mungkin tidak sedar untuk berehat dan mungkin juga tidak berpeluang untuk memesan makanan. Oleh itu, kami di Marrybrown memainkan peranan dalam menyokong wira-wira kami dalam melaksanakan usaha meraka dengan menghulurkan bantuan dari segi makanan dan juga baucar Marrybrown,” kata Dato’ Joshua.

Baru-baru ini, Marrybrown telah menyumbang (dan masih lagi menyumbang) kepada lebih daripada 1000 orang pegawai kesihatan dikebanyakan hospital termasuk Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru; Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru; Hospital Bintulu, Sarawak; Hospital Sultanah Maliha, Langkawi; Hospital Penang; Hospital Tuanku Bainun, Ipoh; Hospital Teluk Intan, Perak; Hospital Sultan Abdul Halim, Sg. Petani; Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar; Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai; Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar Johor; sukarelawan Mercy Malaysia termasuk kakitangan perubatan dan ahli logistik kerana setiap ahli memainkan peranan penting dalam pengawalan virus ini.

Dato’ Joshua berpendapat bahawa keselamatan setiap individu merupakan sesuatu yang paling penting termasuklah keselamatan para pelanggan dan penunggang penghantaran mereka.

Marrybrown kini mengamalkan langkah berjaga-jaga dari setiap aspek dengan mengekalkan jarak sosial sekurang-kurangnya 1m antara satu sama lain, memeriksa suhu badan, menggunakan sanitizer, dan tidak membenarkan mereka memasuki outlet untuk memastikan kesihatan semua pihak.

Selain dari memastikan keselamatan dan mengurangkan rasa bimbang setiap individu, ia juga membolehkan penggemar MB untuk tetap menikmati kerangupan ayam goreng Marrybrown dengan perkhidmatan penghantaran yang selamat di setiap zon masing-masing.

“Perkhidmatan penghantaran kami mempunyai kemudahan mesra pengguna serta tersedia di kebanyakan outlet Marrybrown di seluruh Malaysia. Dan ia juga boleh didapati melalui pesanan dalam talian melalui Foodpanda dan Grabfood. Sepanjang tempoh RMO, kami mendapati peningkatan pesanan melalui perkhidmatan penghantaran.

”Kami sedar bahawa semua rakyat Malaysia kini memainkan peranan dalam membantu mengurangi risiko jangkitan Covid-19 dengan mematuhi arahan kerajaan supaya duduk di rumah. Kami bersyukur dengan sokongan yang diberikan oleh para penggemar MB yang masih lagi setia dan terus memilih kami apabila menginginkan sesuatu hidangan yang enak,” kata Dato’ Joshua.

Kini, Marrybrown mempunyai promosi diskaun 30% dan penghantaran percuma melalui Foodpanda. Marrybrown menyeru semua rakyat Malaysia untuk memainkan peranan masing-masing dengan mematuhi arahan supaya duduk di rumah, mengekalkan jarak sosial, dan mengamalkan kebersihan dengan gaya hidup sihat.

Kepada organisasi yang memerlukan bantuan makanan sepanjang waktu Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik ini, Marrybrown bersedia membantu dan mereka boleh dihubungi melalui butiran perhubungan di bawah:

Facebook: https://www.facebook.com/MarrybrownMalaysia/ MarrybrownMalaysia

Instagram: https://www.instagram.com/marrybrownmy/?hl=en Marrybrownmy

Youtube: https://www.youtube.com/channel/UCoW5_zoy8KhhpifiH5W233w MarrybrownTV

Delivery: http://mbdelivery.com.my

Semua restoran Marrybrown di seluruh Malaysia masih beroperasi untuk perkhidmatan penghantaran dan ‘take away’ kecuali cawangan berikut:

MB Johor Premium Outlet
MB Today’s Mall
MB Forest City
MB Tanjung Balau
MB Genting SkyAvenue
MB Genting Grand
MB GPO
MB Sunway Lagoon
MB IRDKL
MB Langkawi Underwater World
MB Greentown
MB Zoo Taiping
MB A’Famosa
MB Mid Valley Southkey
MB Kuala Lipis
MB Aeon Kulai
MB KKIA
MB KLIA
MB KLIA2
MB Toppen
MB Bukit Gambir
MB Ayer Hitam
MB Nilai
MB MYDIN Meru
MB IOI Putrajaya
MB Mont Kiara

Layari https://marrybrown.com/locations, untuk mencari lokasi outlet yang terdekat dengan anda.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.