Siakap Keli
Kredit: Bernama/QLyana Shuhaimi

“Mereka Mengaji, Solat Berjemaah, Bertasbih, Azan, Merdunya Suara”, Nurse Pesan Sudah-sudahlah Kecam Tabligh

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Seramai 95 peratus ahli tabligh yang menyertai himpunan Sri Petaling telah memberi kerjasama untuk menjalani saringan.

Walaubagaimanapun, orang ramai masih menyalahkan satu jemaah tersebut gara-gara segelintir kecil yang belum tampil mendapatkan saringan.

Melihat kepada situasi semasa, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sendiri pernah merayu orang ramai agar berhenti menyalahkan golongan itu.

Tak kurang juga ada jururawat di lapangan yang turut meminta orang ramai agar berhenti menyalahkan jemaah tabligh.

Hal ini dikongsikan saudara Zan Chargas di laman Facebook miliknya.

Tak sempat nak cerita pengalaman semalam sebab terlalu penat. Balik, terus je tidur. Wad kami semalam dah penuh, bila masuk dalam wad tu macam masuk dalam masjid. Kebanyakan semua berjubah. Ada yang berkopiah, berserban. Semua tersenyum je, tak ada muka yang berkerut, marah, semua bercakap lembut-lembut. Macam mana tak tersentuh hati ni.

Tangan masing-masing ada tasbih. Ada yang solat sunat, ada yang berzikir. Ada yang mengaji al-Quran. Sangat-sangat rasa simpati. Pelawat pun tak dibenarkan masuk. Makan jela mana yang ada di hospital. Wad pun baru je buka, banyak yang kurang tapi mereka tak marah. Cakap pun baik-baik. Siap tanya lagi, ada apa lagi nurse yang kami boleh tolong?

Kadang-kadang terfikir kenapa Tuhan tak gantikan dengan manusia  yang jahat-jahat kat muka bumi ni dengan mereka. Yang kaki minum. Gantikan mereka dengan yang kaki judi, yang songsang, kaki kelab. Tapi nak buat macam mana, Allah lagi mengetahui. Orang-orang yang beragama yang beriman selalu diuji.

Ini pengalaman saya jaga 30 pesakit. Ya, letih memang letih. Tapi rasa simpati dan kasihan tu lebih tinggi. Memang terkesan di hati. Janganlah diambil nyawa-nyawa mereka semua. Sebab mereka sangat-sangat baik. Doakan semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan urusan.

Sedih, sayu sampai menitik air mata. Tahu tak dalam wad COVID-19 tu semuanya orang yang ilmu agamanya tinggi. Mereka mengaji, solat berjemaah, bertasbih, azan. Merdunya suara. Lunaknya sampai tersentuh hati ni. Bertongkat seperti Tok Guru Nik Aziz. Ada yang sebaya ayah kita, datuk kita. Sedih sangat. Kalaulah hilang orang yang beragama, apa yang jadi kat dunia ni.

Mereka langsung tak menyusahkan. Semuanya sangat-sangat baik. Sudah-sudahlah kecam golongan tabligh.

Sumber: Zan Chargas

Amira

Makin kita belajar, makin kita tahu sebenarnya banyak yang kita tak tahu.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: