Siakap Keli

Terdesak Jumlah Kes Bertambah, Washington Guna Padang Bola Bina Hospital Pesakit Covid-19

Padang bola di King County, daerah di Seattle, Washington, kini diubahsuai menjadi sebuah hospital bagi menampung pesakit Covid-19 yang semakin bertambah, lapor Daily News.

The Shoreline Temporary Field Hospital yang akan dibina dapat memuatkan sehingga 200 katil untuk menempatkan pesakit Covid-19 dan individu yang disyaki positif jangkitan, menurut pihak berkuasa King County.

”Pada dasarnya ia untuk melegakan tekanan pada hospital dan mengosongkan katil untuk pesakit kritikal,” kata Jurucakap Bandar, Eric Bratton.

Menurut beliau, hospital tersebut kini sedang dalam pembinaan dan dijangka siap untuk digunakan dalam tempoh dua minggu.

Difahamkan, King County kini dalam usaha mencari lokasi lain untuk membina hospital-hospital sementara berikutan jumlah kes yang semakin bertambah.

Daerah tersebut menjadi pusat penyebaran wabak Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) di mana setakat Rabu King County telah mencatatkan 65 kes kematian.

Sumber: Daily News

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.