Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, mengesahkan bahawa seramai 73 anggota kesihatan KKM telah disahkan positif Covid-19.
Menerusi satu ciapan yang dimuat naik menerusi akaun media sosial KKM, punca jangkitan tersebut bukan disebabkan oleh pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.
Daripada jumlah tersebut, didapati punca jangkitan bagi 47 kes (64.4%) adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang juga dihadiri oleh mereka yang menghadiri perhimpunan tabligh.
Lain-lain punca adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif COVID-19.
73 anggota kesihatan KKM positif #COVIDー19, punca jangkitan bukan disebabkan pengendalian pesakit di fasiliti kesihatan KKM.
47 kes berkaitan majlis perkahwinan yang turut dihadiri peserta perhimpunan tabligh.
Lain-lain – sejarah ke luar negara dan kontak rapat pesakit.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 25, 2020
Sumber: KKM