Siakap Keli

Tersusun Dengan Jarak, Penghantar Makanan Disediakan Kerusi Ketika Tunggu Makanan Siap

Susulan daripada penularan wabak pandemik Covid-19 di seluruh dunia, WHO telah menggesa orang ramai supaya melakukan penjarakan sosial dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan penyakit ini.

Langkah tersebut perlu dibuat bagi mengurangkan risiko daripada dijangkiti oleh orang yang menjadi pembawa virus ini. Disebabkan ada pesakit yang tidak menunjukkan simptom-simptom jangkitan boleh dikesan pada awal virus itu menjangkiti mereka, maka langkah ini dilihat wajar dilakukan bagi mencegah penularannya.

Virus yang tidak mengenal bangsa, agama, pangkat mahupun darjat seseorang itu dilihat boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang pernah berkontak rapat dengan si pembawa. Turut tidak terkecuali adalah penghantar makanan.

Kebanyakan penghantar makanan pastinya akan berkumpul di sesebuah restoran atau kedai makan itu semasa menunggu makanan yang dipesan oleh pelanggan siap. Kemungkinan seseorang penghantar makanan itu untuk dijangkiti amatlah besar.

Menerusi satu perkongsian yang dikongsi oleh pengguna Twitter ini, Thailand telah mengamalkan penjarakan sosial untuk para penghantar makanan di negara itu.

Menurut perkongsiannya itu, sebuah pusat beli belah di Thailand telah menyahut seruan kerajaan dalam memerangi wabak ini dengan menyediakan kerusi yang dijarakkan bagi para penghantar makanan ini sementara menunggu makanan yang dipesan pelanggan mereka siap.

Sumber: Chayut

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa