Siakap Keli

(Video) Hartawan ‘Sedekah’, Bina Sinki Di Tempat Awam, Seru Orang Ramai Kerap Cuci Tangan Elak COVID-19

BERKALI-kali pakar perubatan sudah memberi panduan bahawa salah satu cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 adalah dengan membasuh tangan secara kerap.

Jika berada di rumah, cukup sekadar membasuh dengan air dan sabun, ia sudah memadai.

Manakala jika berada di luar rumah pula, lebih bagus jika menggunakan hand sanitizer kerana ia mudah, tidak perlukan air dan sangat mudah dibawa.

Baru-baru ini, seorang usahawan di Ben Arous, Tunisia mengambil inisiatif terbaik untuk ‘menyeru’ orang awam mencuci tangan sebagai langkah kebersihan.

Dia membina sinki air di kawasan terbuka untuk kegunaan orang awam mencuci tangan mereka bila-bila masa.

Difahamkan, binaan sinki tersebut diperbuat daripada bahan terbuang (yang telah dibersihkan dan diguna semula).

Lebih menarik lagi, dia turut membina sebuah tong sampah di sebelah sinki tersebut untuk buang tisu yang telah digunakan atau sampah lain.

Jom kita lihat video ini.

Inisiatif yang dilakukan oleh usahawan ini sangat bagus untuk dua perkara; pertama, dia sudah menjalankan kerja amal untuk orang awam. Kedua, dia berjaya menggunakan bahan terbuang yang dikitar semula, sekaligus mengurangkan impak sampah buangan kepada alam sekitar.

Semoga satu masa hari nanti jasa usahawan ini akan dicontohi oleh orang lain, dalam erti kata lain, mampu mengajak lebih ramai lagi untuk melakukan kebaikan di tengah musim wabak melanda ini.

Sumber: Twitter

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.