Peralatan perlindungan diri atau personal protective equipment (PPE) merupakan peralatan yang dipakai untuk melindungi petugas dari sebarang marabahaya.
Ia dilengkapi aksesori perlindungan seperti but, helmet, apron, sarung tangan dan sebagainya. Bagi petugas kesihatan, mereka perlu memakai berlapis-lapis pakaian perlindungan untuk mengelakkan diri dijangkiti virus COVID-19.
Seorang pengguna Facebook, Liyana Azizi baru-baru ini berkongsi cara pemakaian PPE oleh seorang staf kesihatan. Video tersebut mendapat 13 ribu reaksi dan 49 ribu perkongsian. Dalam video itu, seorang individu memakai satu persatu peralatan PPE sehingga siap.
“Ya Allah sebak rasa. Kita tengok pun tak sanggup pakai camtu. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Amin.
“Tolong duduk di rumah,” pesannya.
Ya allah sebak Rasa..Kita tengok pun tak sanggup pakai camtu..Semoga dipermudahkan segala urusan merekaAmin🥺😭Stay at homePls💕Contoh pemakaian Salah satu negara Yg diserang jangkitan COVID 19..Boleh share💕(Softoys Bundle from oversea)Jom follow FB sisClick👇👇👇( https://www.facebook.com/bungachenta.lyyana)page FB @ ig bundlebychentayanaClick👇👇👇https://www.facebook.com/109687587060143/posts/209347420427492/
Posted by Liyana Azizi on Monday, 23 March 2020
Moga Allah lindungi para pejuang
Pakai (PPE) ni panas, memang berpeluh
Tengok pemakaian pun tahu betapa bahayanya virus COVID-19 ni
Bantu mereka dengan berdiam diri di rumah
Sumber: Liyana Azizi/Bundlebychentayana