Siakap Keli
Kredit: Liyana Azizi/Bundlebychentayana

(Video) “Kita Tengok Pun Tak Sanggup Pakai”, Berlapis-lapis, Cara Pakai PPE Kendali Kes COVID-19

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Peralatan perlindungan diri atau personal protective equipment (PPE) merupakan peralatan yang dipakai untuk melindungi petugas dari sebarang marabahaya.

Ia dilengkapi aksesori perlindungan seperti but, helmet, apron, sarung tangan dan sebagainya. Bagi petugas kesihatan, mereka perlu memakai berlapis-lapis pakaian perlindungan untuk mengelakkan diri dijangkiti virus COVID-19.

Seorang pengguna Facebook, Liyana Azizi baru-baru ini berkongsi cara pemakaian PPE oleh seorang staf kesihatan. Video tersebut mendapat 13 ribu reaksi dan 49 ribu perkongsian. Dalam video itu, seorang individu memakai satu persatu peralatan PPE sehingga siap.

“Ya Allah sebak rasa. Kita tengok pun tak sanggup pakai camtu. Semoga dipermudahkan segala urusan mereka. Amin.

“Tolong duduk di rumah,” pesannya.

Moga Allah lindungi para pejuang

Pakai (PPE) ni panas, memang berpeluh

Tengok pemakaian pun tahu betapa bahayanya virus COVID-19 ni

Bantu mereka dengan berdiam diri di rumah

Sumber: Liyana Azizi/Bundlebychentayana

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.