Siakap Keli
Foto: Kelab Melayu London

Warga Malaysia Maut Akibat Covid-19 Di London, Selamat Dikebumikan

Menerusi kiriman daripada laman Facebook Kelab Melayu London mengesahkan bahawa seorang warga Malaysia yang merupakan seorang anggota perintis telah meninggal dunia selepas dijangkit wabak Covid-19.

Terkini, jenazah Allahyarham Husin Long selamat dikebumikan sekitar jam 2 petang pada hari Selasa waktu tempatan di tanah perkuburan Gardens of Peace. Tempat pegebumian tersebut hanya membenarkan 10 orang untuk menguruskan jenazah beliau.

Allahyarham disahkan meninggal dunia setelah menerima rawatan di hospital Royal Free, Hampstead selama dua hari selepas disahkan dijangkiti wabak Covid-19. Beliau juga mempunyai sejarah mengalami penyakit lain sejak 20 tahun lalu.

Foto: Kelab Melayu London

Untuk pengetahuan anda, Allahyarham Husin Long merupakan antara rakyat Malaysia yang berhijrah ke London pada tahun 1970 selepas berkhidmat di pangkalan tentera laut British di Singapura sejak 1948.

 

Sumber: Awani, Kelab Melayu London

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang