Siakap Keli
Kredit: Google/Boca Voice/More Than Shipping

Cara Nak Mohon Simkad YES Data Percuma 40GB Untuk Anak-anak Belajar Dirumah, Ditaja Oleh Yayasan YTL

Putrajaya, 26 Mac- Yayasan YTL telah menawarkan data internet percuma sebanyak 40GB bagi para pelajar untuk belajar dari rumah.

“Berdasarkan tinjauan terhadap ibu bapa di Malaysia yang mempunyai anak-anak di sekolah, YTL mendapati ada keluarga yang mempunyai sumber pembelajaran terhad serta tidak semua orang mampu membayar internet untuk pembelajaran.

“Dengan kolaborasi bersama YES dan FrogAsia, Yayasan YTL menyediakan data internet percuma dan bahan pembelajaran atas talian kepada semua pelajar yang didaftarkan di sekolah-sekolah kerajaan di Malaysia,” tulis YTL dalam satu kenyataannya.

Dengan tiga langkah, ibu bapa boleh mendapatkan kad SIM dengan internet percuma yang sah 60 hari bermula pada tarikh pengaktifan.

  1. Daftar di laman YES.
  2. Tunggu panggilan pengesahan dari YES dalam tempoh 24 jam.
  3. Kad SIM akan dihantar ke alamat rumah dalam tempoh 3 hari bekerja.

Sumber: Yayasan YTL, Cikgu Mohd Fadli Salleh

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.