Siakap Keli

Dipercayai Langgar Perintah Berkurung, Seorang Lelaki Maut Dibaham Buaya Ketika Memancing

Seorang lelaki di Rwanda dipercayai telah melanggar perintah berkurung dilaporkan maut dibaham buaya semasa memancing, lapor Datuk Bandar daerah Kamonyi kepada BBC.

Alice Kayitesi berkata bahawa, insiden pada pagi Rabu itu berlaku di sungai Nyabarongo.

“Lelaki itu telah melanggar perintah berkurung, dia adalah segelintir orang yang tidak memberi kerjasama dengan perintah yang dilaksanakan untuk membendung penularan koronavirus ini,” kata Kayitesi.

Pihak berkuasa Rwanda telah melaksanakan perintah berkurung pada Ahad selepas kes positif Covid-19 dilaporkan semakin bertambah di negara itu.

Dengan 40 kes yang dicatatkan setakat ini, negara Afrika Timur itu kini merupakan negara yang mempunyai jumlah kes tertinggi di rantau tersebut.

Ketiadaan aktiviti jual beli di negara itu juga telah memberi kesan kepada majoriti rakyatnya yang berpendapatan rendah.

Susulan daripada itu, kerajaan negara tersebut telah mengumumkan bahawa bantuan akan diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan.

Dalam perkembangan lain, sebuah portal berita tempatan negara itu melaporkan bahawa polis telah menembak mati dua lelaki di daerah Nyanza selepas bertengkar berkenaan dengan perintah berkurung tersebut.

Walau bagaimanapun, pihak polis tidak mengesahkan insiden itu.

Sumber: BBC

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa