Siakap Keli

“Bawa Ke Kedai Runcit Dan Beri Bantuan Susu,” Pegawai Polis Johor Terkesan Nasib Bayi Satu Tahun Hulur Bantuan

Gambar:Polis Johor

Malaysia pada ketika ini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung dan memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 yang setakat ini telah meragut 23 nyawa. Orang ramai tidak dibenarkan keluar rumah kecuali jika mempunyai alasan yang kukuh.

Pun begitu, dalam kerisauan orang ramai semasa menjalani perintah ini, jangan dilupa pada golongan yang tidak bernasib baik.

Bagi yang bekerja sendiri dan hanya ‘kais pagi makan pagi’, mereka mungkin sedang mengalami kesusahan untuk memberi makan kepada ahli keluarga.

Keadaan ini dapat dilihat menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Polis Johor di laman Facebook. Menerusi kiriman tersebut, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor menemui pasangan suami isteri yang mengalami kesusahan semasa melakukan rondaan di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru.

POSTING PILIHAN : MENJADI TANDA TANYA PASANGAN MENANGIS

Semasa rondaan OP COVID 19 di Taman Tampoi Indah, Johor Bahru, dua pegawai Polis Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor terkesan pasangan suami isteri bersama seorang anak berada di taman permainan. Apabila pegawai polis mendekati pasangan tersebut dengan memberi nasihat supaya akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan minta pasangan keluarga tersebut pulang ke rumah. Namun si isteri terus menangis dan memaklumkan tiada wang ringgit serta tiada lagi bekalan makanan di rumahnya.

Gambar:Polis Johor

Pegawai Polis telah bawa keluarga tersebut ke kedai runcit dan telah berikan bantuan susu anak yang berumur 1 tahun 4 bulan yang membuatkan tersentuh hati pegawai polis tersebut yang dikatakan hanya beri minum milo bercampur gula.

Gambar:Polis Johor

Pasangan keluarga ini tinggal di Taman Tampoi Indah dengan sewa bilik, Suaminya yang telah berhenti kerja sambilan di Singapura kerana tiada permit kerja. Isteri pula seorang tukang cuci di kawasan Larkin dan kini telah dicutikan.

Gambar:Polis Johor

Ucapan terima kasih kepada Pegawai Polis Koperal 150367 Mohd Hisham Mustafa dan Konstabel 204588 Mudrikah Nazirul Nordin yang membantu keluarga tersebut dan moga pasangan keluarga tersebut dapat diberikan bantuan.

#PrihatinPDRMJohor
#OPSCOVID19

Sumber: Polis Johor

Sofea Shahira

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.