Siakap Keli

Hartawan Kalimantan Barat Bersatu Kumpul Dana, Beli Kelengkapan Perubatan Bantu Kerajaan Indonesia

DALAM beberapa hari ini jumlah pesakit COVID-19 di Indonesia semakin meningkat, termasuklah di Kalimantan Barat.

Ekoran itu, beberapa ahli perniagaan yang bergabung di bawah Kamar Dagang Indonesia (KADIN) Kalimantan Barat (Kalbar) bertindak melancarkan kutipan sumbangan untuk memantu Pemerintah daerah dalam menangani penyebaran virus tersebut.

“Jumlah penyumbang setakat ini ada 200 lebih. Ada atas nama peribadi, ada atas nama syarikat dan kumpulan,” kata Ketua KADIN Kalimantan Barat, Santyoso Tio ketika dihubungi media Kompas, semalam.

Ketua Kamar Dagang Indonesia Kalimantan Barat, Santyoso Tio. Gambar: Google

Menurutnya, KADIN Kalbar telah membentuk Team Pengusaha Kalbar Peduli yang diketuai oleh Ketua Penasihat KADIN Kalbar, Arie Candra.

Namun, Santyoso enggan menyebut jumlah sebenar sumbangan yang sudah terkumpul setakat ini, sebaliknya pihaknya sudah menempah sebanyak 16,000 rapid test kit yang akan dihantar dalam dua peringkat.

“Peringkat pertama kiriman 6,000 rapid test akan sampai dalam masa terdekat, bakinya 10,000 lagi pada pertengahan April nanti.

“Bila rapid test itu tiba, kita akan serahkan 6,000 kit kepada pemerintah wilayah Kalbar dan 10,000 lagi kepada seluruh pemerintah daerah,” ujar Santyoso.

Selain itu, mereka juga akan menempah alat pelindung diri (PPE) bagi petugas perubatan, topeng muka, hand sanitizer dan tempat membasuh tangan untuk orang awam.

“Untuk pelaksanaannya nanti tentu akan melibatkan daerah serta lembaga berkaitan di Kalbar dan wilayah-wilayah,” ujarnya.

Pesakit COVID-19 menerima rawatan di hospital di Indonesia. Gambar: Google

Santyoso juga memberi penghargaan kepada Gabenor Kalbar Sutarmidji kerana bersetuju atas usaha kutipan sumbangan tersebut.

“Kita tidak menyerahkan bantuan wang tunai, tetapi terus membantu dalam bentuk barang iaitu alat perubatan untuk tangani pandemik ini,” jelasnya.

Beliau turut menyeru kepada semua ahli perniagaan lain di wilayah itu untuk saling bekerjasama kerana keadaan jangkitan tersebut kini sudah semakin membimbangkan.

“Pengusaha di Kalbar harus mewujudkan sikap peduli melalui perbuatan yang nyata (jelas).

“Orang awam perlukan topeng muka, sedangkan petugas perubatan juga perlukan pakaian keselamatan untuk merawat pesakit COVID-19. Inilah yang sedang kita usahakan untuk saudara-saudara kita yang ada di luar Kalbar,” katanya lagi.

Pembersihan virus di sebuah bandar di Indonesia. Gambar: Google

Sumber: KOMPAS

Adnin Razak

Tukang tulis untuk rakyat jelata.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: