Siakap Keli

Jemaah Menteri Potong Gaji 2 Bulan Untuk Tabung COVID-19

Pada 25 Mac 2020 lalu, Mesyuarat Kabinet telah memutuskan bahawa dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong dan disalurkan kepada Tabung Covid-19.

Hal ini telah membuktikan bahawa kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan daripada wabak pandemik Covid-19 ini.

Untuk pengetahuan anda, Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac 2020 yang lepas untuk membantu rakyat yang terjejas ekoran daripada wabak berjangkit ini. Sehingga semalam, wang sumbangan sudah terkumpul sebanyak hampir RM 8.5 juta.

 

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang