Siakap Keli
Foto: Amer Mohammad

“Jiwa Kental,” Ramai Tak Tahu Ada FoodPanda ‘Walker’, Jalan Kaki Hantar Makanan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Dalam musim penyakit jangkitan Covid-19 ini, bukan hanya mereka yang bertungkus lumus mencegah wabak ini, malah golongan ini juga memainkan penting dalam situasi sebegini.

Ya, kalau sebut mengenai penghantaran makanan segera, pasti ramai di antara kita membayangkan individu yang menaiki motorsikal. Tetapi, sebenarnya penghataran makanan juga tidak memiliki kenderaan itu dan hanya berjalan kaki sekitar ibu kota untuk mencari rezeki.

Satu video yang dikongsikan oleh Amer Mohammad telah menjentik hati kecil ini dimana menunjukkan seorang insan yang bergelar anak muda mencari rezeki dengan menghantar pesanan makanan hanya berjalan kaki. Itulah hero bagi kita.

Semua orang tau ‘Foodpanda Rider’ tapi ramai tak tau ‘Foodpanda Walker’. Ni salah seorang hero kita yang hantar makanan hanya dengan berjalan kaki sekitar Kuala Lumpur. Ada lelaki ada juga wanita. Majority anak-anak muda lingkungan 20-an.

Kenapa jalan kaki?

Sebab anak-anak muda ni tiada motor atau tiada lesen motor. Jadi Foodpanda sediakan kategori Walker untuk bantu mereka jana pendapatan juga.

Semalam hujan lebat saya tengok 2 orang walker basah kuyup lps hantar makanan. Rilek je sambil ketawa2 takde sikit pun mengeluh. Penat beb jalan kaki hantar sana sini. Kalo tengahari memang mandi peluh. Anyway cukup respect jiwa kental mereka berusaha mencari rezeki.

Untuk pengetahuan semua, income Walker tak seberapa so kalo anda order dgn mereka ni hulur2 la tips skit buat beli minuman. Semoga mereka dimurahkan rezeki…amin…

 

Sumber: Amer Mohamad

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang