Siakap Keli

Solat Hajat Serentak Seluruh Negara Di Rumah Masing-Masing Lepas Zohor Esok – Dr. Zulkifli

Solat hajat serentak akan dilaksanakan di seluruh negara pada esok (Jumaat) selepas zohor di rumah dan tempat masing-masing berikutan situasi terkini yang melanda negara.

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan di Twitter sebentar tadi.

Menurut Dr Zulkifli, solat hajat ini diadakan selepas menerima titah dari Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau juga menyeru umat Islam di seluruh negara supaya menyahut titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ini dan memenuhi hari Jumaat anda dengan zikrullah.

Sumber: Twitter @drzul_albakri

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.