Siakap Keli

Tabung COVID-19 Kutip RM 8 Juta Setakat Ini, Akan Diguna Bantu Rakyat Terjejas Dengan PKP

MENTERI Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kutipan tabung sumbangan COVID-19 yang diperolehi setakat ini adalah sebanyak RM8.129 juta.

“70 peratus akan digunakan di peringkat awal, iaitu sebanyak RM5.68 juta untuk membantu rakyat yang terkesan, terutamanya golongan miskin yang terkesan akibat daripada sekatan pergerakan yang kita perkenalkan.

“Kementerian Pembangunan Wanita akan mengagihkan bekalan makanan kepada golongan miskin ini dan mereka yang memenuhi syarat (bantuan),” jelasnya dalam satu sidang media khas hari ini.

Sidang media berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan | 26 Mac 2020

[LANGSUNG] – Sidang media Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan

Posted by Bernama TV on Wednesday, 25 March 2020

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.