Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

TERKINI: 235 Kes Baru Covid-19 Dilaporkan Setakat Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media mengesahkan bahawa sebanyak 235 kes positif dicatatkan sehingga jam 12.00 tengah hari tadi.

Dalam satu ciapan yang dimuat naik melalui akaun Twitter KKM pula menyatakan, jumlah yang dicatatkan sehingga jam 12.00 tengah hari, 26 Mac 2020 itu adalah kes harian paling tinggi setakat ini.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan di Malaysia telah mencecah 2,031 kes.

60 kes yang dicatatkan pada hari ini terdiri daripada kes kluster perhimpunan di Seri Petaling manakala selebihnya masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, terdapat 45 orang pesakit yang dirawat di ICU dan 32 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa