Siakap Keli

Terkini: Sehingga Pagi Ini, 80 Anggota Kesihatan KKM Positif Covid-19, Hospital Teluk Intan Paling Ramai

Menerusi perkongsian daripada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah melaporkan bahawa seramai 80 orang anggota kesihatan KKM telah disahkan terkena jangkitan Covid-19.

Berdasarkan gambar rajah yang dikongsikan, seramai hampir 40 orang warga KKM di Hospital Teluk Intan dijangkiti wabak Covid-19. Diikuti dengan Hospital Selayang dan Hospital Raja Perempuan Zainab II masing-masing hanya 5 dan 4 orang anggota KKM terlibat.

Sehingga pagi ini (26 Mac 2020), dilaporkan bahawa terdapat 80 anggota kesihatan KKM yang dikesan positif COVID-19.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota kesihatan ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti Kesihatan KKM.

Namun begitu, semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) dinasihati untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti yang telah disarankan terutamanya dalam memastikan tangan sentiasa bersih, mengamalkan jarak sosial (social distancing) dan pemakaian alat pelindung diri (PPE) mengikut keperluan yang ditetapkan.

 

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang