Siakap Keli

Tujuh Petugas Istana Negara Disahkan Positif Covid-19 – Datuk Pengelola Bijaya Diraja

Menurut laporan daripada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, tujuh orang petugas Istana Negara telah disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, Yang Dipertuan Agong dan Permaisuri telah menjalani saringan kesihatan dan disahkan negatif dan kini kuarantin diri selama 14 hari bermula dari semalam.

Kesemua tujuh orang petugas istana dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan di hospital.

Berita selanjutnya akan menyusul.

Sumber: Bernama

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang