Siakap Keli

(Video) “Bantulah Mereka Ya Allah”, Pelarian Syria Tadah Tangan Mohon Kesejahteraan Untuk Malaysia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Biarpun mereka sedang diuji dengan penderitaan peperangan, rakyat Syiri tetap melupakan kita di sini yang ketika ini sedang diuji dengan wabak COVID-19.

“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui kami mempunyai saudara-saudara di atas muka bumi ini khususnya di Malaysia.

Mereka telah membantu kami dengan apa yang mereka ada, maka bantulah mereka ya Allah dari musibah ini..”

Pepatah mengatakan, buat balas pasti dibalas baik.

Jika sebelum ini, berpuluh-puluh badan kebajikan serta ribuan sukarelawan kita pernah ke Syria untuk menghantar bantuan dalam misi-misi kemanusiaan.

Hari ini, ketika negara kita dilanda musibah wabak COVID-19, mereka (pelarian) di sana pula yang menadah tangan berdoa untuk kita dari jauh.

Menurut sumber dari Syria Care Malaysia, pelarian di dalam video ini adalah pelarian yang baharu dan rakaman dibuat di salah sebuah khemah pada waktu malam.

Mari kita menghayati bacaan penuh doa yang menyentuh hati ini.

Doa Syria untuk Malaysia

Doa Syria untuk Malaysia Meskipun hidup penuh dengan dugaan, pelarian Syria begitu prihatin dengan musibah yang melanda negara ini."Ya Allah, Kau gantikan ketakutan dengan ketenangan khususnya di Malaysia"Dari kejauhan mereka tidak henti titipkan doa supaya wabak Covid-19 segera berakhir.Jangan lupakan mereka juga:http://www.syriacare.org.my/donate/#syriacaremedia #syriacaremalaysia #syriacareforhumanity #stayathome #HapusCOVID19 #stayathomeanddonate #staysafe

Posted by Syria Care Malaysia on Tuesday, 24 March 2020

Kita dilanda wabak di sini, kita mungkin ada fasiliti perubatan yang mencukupi, namun bagaimana pula mereka di sana?

Semoga mereka diberikan kesihatan dan keselamatan yang cukup serta terhindar dari sebarang jangkitan yang serius.

Terima kasih Syria!

Sumber: Syria Care Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.