Siakap Keli

(Video) Cuba Hantar Doktor Ke Itali Bantu Kekang COVID-19

BERIKUTAN Itali kini menduduki negara kedua tertinggi kes jangkitan COVID-19 di dunia, maka situasi itu mencuri perhatian pihak perubatan dari negara lain untuk turun padang membantu.

Dan perkara ini terbukti apabila sebuah negara republik berfahaman komunis yang terletak jauh di benua Amerika Selatan, iaitu Cuba membuat keputusan menghantar petugas perubatan mereka ke Itali bagi membantu menghadapi pandemik itu, baru-baru ini.

Ini adalah briged perubatan Cuba keenam yang dihantar ke sana dalam beberapa hari kebelakangan ini untuk memerangi penyebaran virus itu dan Cuba menunjukkan diplomasi perubatannya.

Ketua briged perubatan tersebut, Carloz Perez Diaz berkata, negaranya menghantar mereka ke Itali adalah untuk membawa solidariti Cuba ke sana.

Dalam pada itu, seorang pakar penjagaan intensif, Leonardo Fernandez, 68, berkata kepada Reuters pada Sabtu sebelum mereka berlepas, “Kami semua berasa takut tapi kami ada kewajipan revolutioner untuk dipenuhi, jadi kami alihkan rasa takut itu ke tempat lain.”

Seramai 52 orang petugas perubatan tersebut telah tiba di Lapangan Terbang Malpensa, berdekatan Milan pada Ahad lalu.

Menurut laporan The Week, gerakan (penghantaran petugas perubatan) itu berlaku pada masa apabila banyak hospital di Cuba menghadapi kesukaran mencari ubat-ubatan disebabkan oleh sekatan Amerika Syrikat,  sekalipun ada penganalisis menyalahkan ekonomi negara republik itu yang tidak cekap.

Untuk rekod antarabangsa, Cuba pernah menghantar pasukan perubatannya ke negara sosialis sekutunya, Venezuela, Jamaica, Suriname serta Grenada dan ini adalah kali pertama negara kepulauan Caribbean itu menghantar ke negara yang bukan blok (fahamannya), iaitu Itali.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'