Siakap Keli
Kredit: Facebook/Nasherniema Ernie/Tan Sri Muhyiddin Yassin

(Video) “Hapuslah Air Matamu”, Beri Amanat Bagaikan Ayah, Rakyat Luah Rasa Tersentuh Dengan Tan Sri Muhyiddin

Mengambil alih tampuk kepimpinan setelah berlaku goncangan dalam arena politik negara bukanlah mudah, terutamanya apabila wabak sedang melanda negara.

Dalam tempoh singkat, pemimpin yang mengambil alih perlu bekerja keras untuk menjaga rakyat dan menstabilkan negara. Dengan mengetepikan ideologi politik, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terus berdiri dan berkhidmat untuk melindungi rakyat dari wabak COVID-19 ini.

Kini, tokoh ini menjadi perbualan rakyat yang tersentuh dengan keikhlasan dan kerja kerasnya berusaha membendung pandemik ini ibarat seorang ayah yang cuba melindungi anak-anaknya.

Dalam perutusan yang lalu, ramai yang tersentuh mendengar suara sebaknya ketika membacakan doa di akhir ucapan.

Hapuslah air matamu Tan Sri Muhyiddin..

Salah seorang rakyat meluahkan rasa hatinya terhadap perdana menteri yang kini berusia 72 tahun itu di laman Facebook miliknya.

Suka dengar perutusan beliau, umpama amanat seorang bapa untuk anak-anaknya. Tulus, jujur boleh nampak tingkah tuturnya.

Setiap kata-katanya umpama beliau merasai setiap jerit perih yang rakyat lalui.

Dikala beliau mengambil tampuk pemerintahan negara ini, tidak mudah ujian yang ditempuhi. Tetapi beliau harus kuat demi menunjukkan semangat beliau kepada rakyat yang dicintai.

Hapuslah air matamu Tan Sri Muhyiddin Bin Mohd.Yassin demi kesejahteraan kami.

Sementara itu, warga maya di Twitter juga tidak lepas dari merasai perkara yang sama. Mereka memuji tingkah laku Tan Sri Muhyiddin mengendalikan negara ketika krisis ini.

Rasa dekat dengan rakyat, beliau cekal dan kuat

Pimpin bacaan doa

Ucapan hebat, padat dan jelas untuk semua peringkat masyarakat

Sebak sekali

Macam ayah-ayah

Nampak sibuk bekerja

Sumber: Nasherniema Ernie

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.