Siakap Keli
Gambar: Bernama

(Video) Hotel Di Kuching Tunjuk Solidariti Dengan Cara Kreatif

Beberapa hotel di Bandaraya Kuching bertindak menyampaikan pesanan bersolidariti secara kreatif dengan menyalakan lampu bilik dan membentuknya dengan tujuan dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Salah sebuah hotel yang terdapat pada gambar tersebut membentuk lampu biliknya dengan perkataan ‘STAY AT HOME’ atau pun duduk di rumah manakala sebuah hotel lagi membentukkan lampunya sehingga menjadi imej hati.

Ianya dipercayai dibuat bagi memberi semangat kepada orang ramai yang terpaksa berkurung di rumah buat masa ini atas arahan daripada kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan daripada wabak ini.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right