Siakap Keli
Foto: Penduduk Kuaters Polis Kulim

(Video) Penduduk Kuaters Polis Adakan Majlis Bacaan Yassin Di Balkoni Rumah Masing-Masing

Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan hingga tarikh 14 April 2020 selepas kes Covid-19 semakin meningkat melanda di negara kita. Pengumuman tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas semalam.

Bagi mengekang penularan wabak Covid-19 ini, ramai di antara rakyat Malaysia beragama Islam menunaikan solat hajat dan adakan bacaan yassin di rumah masing-masing. Tidak dinafikan juga, agama lain turut mendoakan kesejahteraan Malaysia mengikut cara agama mereka.

Paling terkesan, menerusi perkongsian daripada Penduduk Kuarters Kulim berkongsi aktiviti keluarga ‘polis’ di situ dengan membaca surah Yassin di balkoni rumah masing-masing.

25/3/2020 : Hari Ke-8 Kuarantin.

Kuarters Polis Trafik Kulim mengadakan bacaan Yassin dari balkoni rumah masing2.. Walaupon tak dapat bersama-sama baca di surau tapi kami tetap adakan di balkoni masing-masing cukup untuk doa bersama2 kami hapuskan covid-19 ini.. Insha Allah..

Dan SELAMAT HARI POLIS YANG KE-213 kepada suami-suami & isteri-isteri warga kuarters…

 

Sumber: Penduduk Kuaters Kulim

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang