Siakap Keli

Britain Akan Gubal Undang-Undang Halang Tuan Rumah Halau Penyewa Tak Mampu Bayar Sewa Ketika Tempoh Kawalan COVID-19

Penyewa rumah di Britain tidak akan diusir dari rumah mereka bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan jika mereka tidak mampu membayar sewa tersebut ekoran tempoh kecemasan COVID-19.

Menteri Perumahan, Masyarakat dan Kerajaan Tempatan, Robert Jenrick berkata, satu undang-undang baharu akan digubal bagi mengharamkan pemilik rumah di England dan Wales mengusir penyewa mereka berikutan tekanan oleh kesatuan penyewa yang memberi amaran bahawa ribuan isi rumah akan menjadi gelandangan akibat tidak mampu membayar sewa.

“Undang-undang kecemasan (ini) akan dibawa ke hadapan sebagai keutamaan segera supaya pemilik tanah dan rumah tidak akan bertindak untuk mengusir penyewa sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga bulan,” jelasnya.

Menteri Perumahan, Masyarakat dan Kerajaan Tempatan, Robert Jenrick. Gambar: The Guardian

”Sekiranya undang-undang tersebut mula dilaksanakan, penyewa boleh teruskan menyewa sehingga pertengahan Jun, tetapi penangguhan itu akan menimbulkan kesusahan (masalah) antara tuan rumah dan penyewa.

”Selepas (tempoh) itu tuan tanah dan penyewa akan berbincang untuk merancang pembayaran semula dengan mengambil kira keadaan individu penyewa tersebut,” katanya lagi.

Ia akan menjadi usaha baharu kerajaan untuk meminta tuan tanah menunjukkan sifat belas kasihan dan membenarkan penyewa yang terjejas untuk duduk di rumah mereka.

Sumber: The Guardian

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.