Siakap Keli

COVID-19: AirAsia Malaysia Gantung Sementara Penerbangan Domestik, Antarabangsa

MELIHAT kepada pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan sekatan sempadan di beberapa negara, Kumpulan AirAsia mengumumkan akan menggantung sementara hampir semua penerbangan dalam rangkaiannya.

Pengumuman tersebut dibuat berdasarkan persetujuan bersama dengan syarikat penerbangan yang beroperasi di bawah Kumpulan AirAsia dan AirAsia X seperti berikut;

Gambar: AirAsia

AirAsia sentiasa meletakkan keselamatan dan kesejahteraan semua penumpang sebagai satu keutamaan.

Selain kerajaan mengenakan sekatan perjalanan dan pergerakan termasuklah perintah kuarantin di rumah, AirAsia juga memainkan peranannya dalam membantu membendung penyebaran virus dengan memastikan setiap penerbangan selamat untuk semua orang.

“Kami akan terus menilai keadaan dengan teliti dan bersedia untuk menggerakkan semula perkhidmatan kami sebaik sahaja keadaan bertambah baik, tertakluk kepada kelulusan semasa.

“Semua pelanggan yang terkesan akan diberi notis segera melalui emel dan SMS. Mereka mempunyai pilihan untuk menukar tempahan penerbangan mereka ke dalam akaun kredit dan boleh ditebus dalam masa 365 hari atau menukar penerbangan mereka ke untuk beberapa kali tanpa sebarang caj ke tarikh lain sebelum 31 Oktober 2020,” jelas kenyataan rasmi AirAsia semalam.

Pelanggan boleh melakukan pertukaran tersebut melalui AirAsia Allstar AVA di airasia.com atau support.airasia.com.

Sumber: AirAsia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.