Siakap Keli

Daerah Kluang, Johor Catat 88 Kes Positif Sehingga Jam 12 Tengah Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa sebanyak 88 kes positif Covid-19 telah dilaporkan di daerah Kluang, Johor sehingga jam 12 tengah hari ini.

Dalam satu ciapan yang dimuat naik KKM, daripada 88 kes positif yang dilaporkan itu 74 daripadanya adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor

Siasatan yang dilakukan oleh KKM mendapati bahawa 4 kluster yang terjadi di kedua-dua kawasan tersebut ada kaitan dengan 4 individu yang pernah menghadiri perhimpunan di Sri Petaling.

Keempat-empat mereka itu dilaporkan telah menghadiri kenduri di dua kawasan tersebut.

Susulan daripada itu, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan yang telah berkuatkuasa sejak tengah malam tadi dilakukan bagi membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut dan bagi memutuskan rangkaian jaringan penularan COVID-19.

 

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa