Siakap Keli

Diskaun Bil Elektrik Antara 15 Hingga 50 Peratus Mengikut Kadar Yang Digunakan Selama 6 Bulan – PM

Menerusi sidang media mengenai Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini untuk membantu rakyat sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan.

Kita semua tahu bahawa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai diantara pekerja dan penduduk di luar bandar serta bandar mengalami kemerosotan ekonomi keluarga. Jadi, perutusan ini diadakan untuk meringgankan beban rakyat Malaysia.

Kerajaan bersama TNB akan menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk diskaun berperingkat antara 15% hingga 50% mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kW sebulan bagi tempoh enam bulan mulai bil bulan April 2020.

 

Sumber: Tan Sri Muhyiddin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang