Siakap Keli
Kredit: Bernama

“Jangan Lupa Bawa Ibumu Pergi Follow Up”, Pesan Terakhir Pesakit COVID-19 Untuk Anaknya Sebelum Meninggal Dunia

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemergian ahli keluarga tersayang sudah cukup menyakitkan, apatah lagi apabila dipisahkan akibat wabak COVID-19.

Pesakit yang meninggal dunia tidak dapat bertemu keluarga ketika dalam kuarantin hinggalah ke liang lahad. Jenazahnya hanya akan diuruskan kakitangan kesihatan hingga disemadikan, sambil diperhati ahli keluarga dari jauh. Tiada pelukan, tiada ciuman terakhir buat yang tersayang.

Salah seorang doktor yang bertugas menjaga pesakit COVID-19, Hana Hadrazmi berkongsi pengalamannya dan pasukan perubatan tatkala menerima berita pemergian salah seorang pesakit mereka.

Menurutnya, beliau tersentuh dengan seorang pesakit yang meninggal dunia yang disifatkan sebagai seorang yang penyayang. Mari baca perkongsian beliau.

Waktu kami dapat tahu ada seorang lagi yang meninggal di Covid ICU kami malam tadi, kecoh di Whatsapp group doktor kami nak tahu pesakit mana satu.

“Which patient?”
“Is that the one Ki***/ Nah**** intubated?”
“Please don’t tell me it’s him!”

Bertalu-talu semua nak tahu pesakit mana satu.

Sebabnya baru semalam rakan saya bercerita saat pesakit tersebut nak diintubasi dan kemudiannya ditolak masuk ke ICU. Dia meminta untuk telefon anaknya. Kami benarkan panggilan dibuat.

Perkara pertama dia cakap pada anaknya ialah;

“Jangan lupa bawa ibumu pergi follow up, jangan lupa bawa ibumu pergi follow up. Berulang kali dia pesan. Barangkali isteri dia pesakit kronik yang selalu berulang-alik ke hospital.

Kemudian barulah dia sampaikan pesan lain seperti akaun bank, nombor pin dan sebagainya.

Penutup bicara dia pesan lagi; jangan lupa bawa isterinya pergi follow up.

Penuh lelah dia berpesan; antara nak tarik nafas demi hidup, rasa sedih tak dapat bersama orang tersayang dan sugul membayangkan maut yang bakal menjengah.

Selepas telefon barulah dia benarkan kami tidurkan dia untuk disambungkan ke mesin bantuan pernafasan.

Memang dia suami yang sangat kasihkan isteri.

Kami yang dengar cerita kawan kami tu, bergenang-genang airmata. Sebab itu kami nak tahu sangat pesakit mana satu.

Rupanya benarlah dia yang pergi. Sedihnya kami. Namun sedih lagi keluarga yang ditinggalkan.

Orang pengasih ini memang Tuhan panggil awal kan?

Hana Hadzrami
Semua pesakit yang kami jaga ada tempat istimewa dihati kami

Sumber: Dr. Hana Hadzrami

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.