Siakap Keli

Kerajaan, Bank Negara Sediakan Dana Tambahan RM 4.5 Bilion Untuk Perusahaan Kecil & Sederhana

Putrajaya, 27 Mac – Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana RM4.5 bilion tambahan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di seluruh Malaysia.

1. Menambah dana RM3 bilion dana untuk tabung bantuan khas PKS, menjadikan jumlah keseluruhan RM5 bilion. Selain itu, kadar faedah bagi keseluruhan dana ini akan dikurangkan kepada 3.5 peratus dari 3.7 peratus.

2. Meningkatkan saiz dana dari RM1 bilion kepada RM6.8 bilion bagi meningkatkan akses pembiayaan kepada PKS

3. Menyediakan dana tambahan RM500 juta dibawah skim kredit mikro menjadikan RM700 juta bagi pembiayaan mudah yang bakal dikendalikan Bank Simpanan Nasional pada kadar faedah 2 peratus tanpa cagaran, syarat kelayakan minimum enam bulan operasi dari setahun operasi.

Malah amaun pembiayaan ditingkatkan kepada maksimum RM70 ribu bagi setiap usahawan berbanding RM50 ribu. Inisiatif terbuka kepada semua kategori usahawan dari pengusaha tadika, teksi, industri kreatif hinggalah peniaga atas talian.

4. PKS yang mempunyai rekod bawah 4 tahun boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan hingga RM300,000.

5. Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan benilai RM5 bilion selain meningkatkan kadar jaminan dari 70 peratus kepada 80 peratus bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah ketika mendapatkan pinjaman.

Sumber: RTM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.