Siakap Keli

RM1 Bilion Dana Jaminan Makanan Negara – PM

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memastikan bekalan makanan negara sepanjang tempoh kritikal ini adalah perkara penting.

“Dalam tempoh kritikal ini, adalah penting untuk memastikan bekalan makanan kekal terjamin dan mencukupi.

“Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan,” katanya dalam perutusan Pakej Rangsangan Ekonomi hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin menambah, kerajaan akan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan bagi menggalakkan pengeluaran domestik.

Sumber: RTM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.