Siakap Keli

Isi Rumah Berpendapatan RM8,000 Ke Bawah Bakal Terima Bantuan Secara One-Off Dari RM1000 Dan RM1,600

Kerajaan akan memberi bantuan kepada semua isi rumah secara tunai one-off menerusi Bantuan Prihatin Nasional di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung Pakej Ransangan Ekonomi Negara, sebentar tadi.

Pertama, bantuan sebanyak RM1600 akan diberikan kepada hampir 4 juta isi rumah bependapatan bulanan RM,4000 ke bawah.

Bayaran pertama RM1000 akan dibayar pada April 2020, manakala baki RM600 akan dibayar pada bulan Mei.

Kedua, bantuan sebanyak RM1000 akan diberikan kepada hampir 1.1 juta rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

Bayaran pertama RM500 akan dibayar pada April 2020, manakala baki RM500 akan dibayar pada bulan Mei.

Baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.

Sumber: Muhyiddin Yassin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.