Siakap Keli

Shopee Nafi Operasinya Diberhentikan

Kuala Lumpur: Shopee hari ini menjelaskan, mesej yang disampaikan melalui WhatApps berkaitan pemberhentian operasi mereka bermula 28 Mac ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, adalah tidak benar.

Pengarah Pengurusan Wilayah Shopee Ian Ho dalam satu kenyataan hari ini juga, memberikan jaminan yang Shopee akan meneruskan operasinya sebagai satu platform e-dagang, kerana mereka juga telah diklasifikasikan sebgai satu perkhidmatan yang perlu.

Beliau menambah, penularan khabar angin yang meminta orang ramai untuk berhenti melakukan pembelian di Shopee bagi mengelakkan kelewatan dalam penghantaran, adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab.

”Dalam keadaan rakyat Malaysia mencari cara alternatif mudah dan selamat bagi mendapatkan keperluan harian mereka untuk keluarga, mesej tersebut hanya meningkatkan kebimbangan, ketakutan dan rasa cemas untuk tidak mendapat apa yang diperlukan,” katanya.

Menurut Ho, kesemua produk termasuk keperluan harian seperi tisu, tisu basah, penutup mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman dan lain-lain termasuk ikan, ayam, daging, sayuran dan sebagainya, masih boleh dibeli melalui Shopee.

”Kami terus untuk bekerja rapat bersama rakan peniaggan, kedai dan pembekal seperti Mydin, Tesco, Nestle, Aeon Big, Watson, Unilever, Vinda, freshtap.my dan lebih lagi, bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau juga berkata, Shopee juga sentiasa memastikan penjual dan rakan logistik akan mengambil tindakan pencegahan seperti disinfeksi gudang dan kenderaan, sanitasi bungkusan dan pemeriksaan suhu badan pekerja, pemandu dan juga penghantar.

”Keutamaan kami ialah bagi memastikan, pengguna kami adalah selamat dan boleh mendapatkan keperluan rumah mereka, dan bahan makanan yang mereka perlukan,” kata Ho dan menambah Shopee berjanji untuk memberikan perkhidmatan terbaiknya dalam masa sukar ini.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.