Siakap Keli

TERKINI: Orang Bujang Terima Bantuan Secara One-Off Dari RM500 Dan RM800 – Perdana Menteri

Kerajaan akan memberi bantuan kepada semua individu bujang secara tunai one-off menerusi Bantuan Prihatin Nasional di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam siaran langsung Pakej Ransangan Ekonomi Negara, sebentar tadi.

Sebanyak tiga juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah akan menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM800.

Bayaran pertama sebanyak RM500 akan dibayar pada bulan April 2020 dan baki RM300 pada bulan Mei 2020.

Manakala bagi individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan akan menerima Bantuan Prihatin Nasional sebanyak RM500.

Bayaran pertama sebanyak RM250 akan dibuat pada bulan April 2020 dan baki RM250 pada bulan Mei.

Di samping itu, baki pemberian tunai di bawah program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan pula akan dibayar pada Julai 2020 melibatkan peruntukan sebanyak RM3.2 bilion.

Sumber: Muhyiddin Yassin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.