Siakap Keli
Gambar: China Daily

(Video) China Hasilkan 110 Juta Topeng Muka Sehari Nak Kekang COVID-19

Dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19 di peringkat global, China telah melangkah satu langkah ke hadapan dengan menghasilkan kira-kira 110 juta topeng muka setiap hari.

Satu rakaman video pembuatan topeng muka di sebuah kilang di China dimuat naik menerusi Twitter China Daily baru-baru ini.

Memakai topeng muka adalah salah satu medium untuk mengekang penyebaran virus melalui air liur (ketika bercakap mahupun batuk) berlaku.

Berdasarkan rekod, kini China menduduki tempat kedua kes positif COVID-19 tertinggi di dunia dengan kira-kira 81,000 kes berserta lebih 3,000 kematian.

Manakala Amerika Syarikat pula telah mendahului negara republik itu dengan jumlah jangkitan paling tinggi di dunia sebanyak lebih 83,000 kes.

Sumber: China Daily

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.