Siakap Keli

(Video) Pesanan Khas Maszlee Malik Buat Warga Simpang Renggam

SEMALAM kerajaan mengisytiharkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lebih ketat bagi kawasan Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Ibrahim Majid, Simpang Renggam, Johor.

Ekoran itu, Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik merakamkan satu ucapan khas buat rakyat di kawasannya agar sentiasa mematuhi arahan PKP yang dijalankan.

Beliau memuat naik rakaman tersebut melalui Twitternya pagi ini, meminta agar penduduk di kawasan terbabit terus dalam keadaan tenang dan tidak panik.

Rakyat juga dirayu untuk memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas agar segalanya berjalan dengan lancar.

Berikut adalah pesanan penuh beliau;

Sama-samalah kita doakan agar semua kawasan di negara ini akan pulih dari jangkitan wabak COVID-19 satu hari nanti. Ameen.

Terima kasih YB atas nasihat yang diberikan.

Sumber: Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.