Siakap Keli

61 Pesakit COVID-19 Telah Sembuh & Discaj Hari Ini, Keseluruhan 320 Kes Sudah Pulih

WALAUPUN negara mencatatkan satu lagi kematian terbaharu hari ini, iaitu kematian ke-27, ada juga khabar gembira yang perlu kita dengar.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 61 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, 28 Mac 2020.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih dan sembuh adalah sebanyak 320 kes.

Tahniah diucapkan kepada semua petugas perubatan KKM yang berusaha merawat mereka sehingga sembuh.

Semoga jasa bakti anda akan dibalas dengan kebaikan berganda oleh Allah SWT.

Terima kasih KKM!

Sumber: Facebook, Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.