Siakap Keli

NGO Nak Agih Sumbangan Perlu Hantar Barang Bantuan Ke Pejabat JKM Setiap Daerah

SETIAP pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) perlu menghantar bantuan makanan dan sebagainya terus ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  setiap daerah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut adalah disebabkan mahu mengurangkan pergerakan sewaktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Saya ingin menasihatkan supaya mereka menghantar bekalan makanan tersebut ke pusat-pusat pengumpulan yang diwujudkan oleh Kementerian Wanita dan Keluarga di bawah JKM setiap daerah.

“Pejabat JKM di daerah-daerah akan digunakan sebagai pusat pengumpulan produk-produk atau bekalan makanan yang hendak dibekalkan kepada penduduk setempat,” katanya dalam sidang media khas Majlis Keselamatan Negara, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail turut menegaskan bahawa penghantaran bantuan tersebut dari rumah ke rumah bukan lagi di bawah pengurusan NGO terbabit.

“Dari segi penghantaran rumah ke rumah, kita telah buat keputusan bahawa yang akan menghantarnya ialah anggota RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Kita tidak mahu terlalu banyak pergerakan yang berlaku kerana ia akan memberi kesan kepada rakyat di kawasan yang terbabit.

“Walaupun kita mengalu-alukan rakyat kita yang sentiasa prihatin, tetapi peraturan mesti dipatuhi,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, menurut Ismail, usaha NGO yang bersikap prihatin dalam bersama-sama membantu rakyat itu mendapat pujian dan penghargaan daripada pihak kerajaan.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.