Siakap Keli
Kredit: Bernama/Facebook

“Sumbangan Paling Hebat PM Kali Ini Adalah ‘Emotional Security’”, Rakyat Malaysia Luah Rasa Kagum Dengan PM

Biarpun tidak dilantik melalui pilihanraya, kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semakin diterima rakyat.

Dalam situasi gawat akibat penularan COVID-19, kebanyakan rakyat Malaysia mula mengetepikan ideologi politik dan dilihat bersatu menentang virus ini dengan melakukan bahagian masing-masing.

Inisiatif kerajaan bagi membantu rakyat juga sedikit sebanyak memberi sinar harapan buat semua rakyat yang terjejas dan tiada siapa yang terkecuali. Perutusan Perdana Menteri semalam mengenai inisiatif ini telah menjentik hati ramai rakyat Malaysia, salah seorangnya Doktor Taufiq Razif.

Saya ni bukan orang politik dan tak suka bercakap tentang politik. Cuma bila dengar ucapan PM ke-8 kita semalam hati saya jadi cukup tersentuh.

Ucapannya biasa biasa sahaja. Tak bergegar gegar macam ahli politik pada kebiasaannya tetapi daripada susun atur bicara dan pengakuan akan limitasi dan kelemahan diri menunjukkan tanda tawadduk dan kerendahan hati.

Ucapannya juga bersifat People-Centric. Tak ada mengangkat kelebihan diri langsung. Semua tentang rakyat, rakyat dan rakyat. Cuba perhatikan, kenapa cerita Makcik Kiyah di dalam ucapan semalam menjadi trending dan viral?

Kerana ianya sangat ‘relatable’ dengan situasi rakyat jelata. Daripada situ kita dah tahu betapa dalamnya empati seorang Perdana Menteri kepada rakyatnya sendiri.

Walau nampak seperti lawak jenaka yang berjaya menghiburkan hati rakyat Malaysia tetapi jauh di sudut hati mereka sebenarnya merasa terharu dan tersentuh hati.

Sebenarnya, sumbangan paling hebat yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin kali ni adalah ’emotional security’.

Buat pertama kalinya saya boleh lihat semua orang tak kira bangsa tak kira agama terutamanya yang berada di media sosial menjadi sangat tenang dan positif. Semuanya menzahirkan rasa kelegaan dan kesyukuran.

Percayalah cakap saya, rakyat akan lebih mengingati pemimpin yang bersama sama mereka ketika susah daripada pemimpin yang cuma mahu bersama mereka ketika mereka sedang senang.

Tan Sri Muhyiddin, percayalah nama anda sudah meniti di bibir bibir rakyat Malaysia pada hari ini. Terima kasih kerana sangat memahami keadaan kami. Anda sudah berhabis habisan untuk membantu kami, kini izinkan kami pula untuk bantu diri kami sendiri.

Taufiq Razif
Rakyat Malaysia
28 Mac 2020

Semoga ujian yang melanda negara ini membuatkan kita semua lebih bersatu hati.

Sumber: Doktor Taufiq Razif

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.