Siakap Keli

(Video) Gunung Merapi, Indonesia Meletus Lagi, Asap Setinggi 5,000 Meter

GUNUNG Merapi, Indonesia dilaporkan kembali meletus lagi pada Jumaat, 27 Mac (semalam) sekitar pukul 10 pagi.

Berdasarkan laporan Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi Yokyakarta (BPPTKG Yogyakarta), letusan tersebut berlaku dalam masa tujuh minit.

Asap yang meledak daripada letusan tersebut mencapai ketinggian hingga kira-kira 5,000 meter dari kawah gunung.

BPPTKG Yogyakarta masih dalam proses menetapkan status peringkat letusan gunung tersebut sama ada peringkat dua atau berjaga-jaga.

Difahamkan status itu belum berubah sejak Mei 2018.

Radius letusan juga dilaporkan masih sama, iaitu sekitar tiga kilometer dari puncak Gunung Merapi.

Bagaimanapun, masyarakat diingatkan untuk tetap tenang dan jalankan rutin harian seperti biasa kerana penempatan mereka di luar radius tersebut.

Rakaman video letusan gunung tersebut dimuat naik ke Twitter dan media sosial lain oleh beberapa warganet warga Indonesia.

Sumber: Kompas, Twitter

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.