Siakap Keli

(Video) PBB Beri Amaran, Kem Pelarian Syria Boleh ‘Hancur’, Mungkin Diserang COVID-19 Bila-Bila Masa

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), doktor perubatan dan petugas rawatan memberi amaran tegas bahawa sebuah kem penempatan pelarian di utara Syria bakal hancur jika diserang wabak COVID-19 bila-bila masa.

Lebih 1 juta orang pelarian tinggal di kem itu sejak Disember apabila rejim Syria melancarkan serangan untuk merampas Idlib – wilayah terakhir.

Pegawai kesihatan di sana menyatakan 100,000 orang mungkin akan terkorban (kerana wabak) jika bekalan perubatan tidak tiba dalam kadar segera.

Seorang penduduk, Um Bilal Al Omar berkata, mereka berasa takut sekiranya wabak tersebut merebak di penempatan mereka kerana kapasiti penduduk yang terlalu padat.

“Perkara yang paling menakutkan adalah penularan wabak ke serata kem akan menjadi sebuah bencana. Di sini tiada apa-apa untuk mengatasinya.

“Negara-negara besar seperti Itali, Amerika dan China masih mampu untuk melawan, tetapi kami yang berada di sini, apa yang kami boleh buat?” luah seorang penduduk lagi, Ziyad Bakour.

Bagi penjelasan yang lebih mendalam berkenaan serangan wabak COVID-19 di sana, mari hayati video penuh ini:

Bagaimanapun, setakat ini, belum ada lagi kes positif yang dilaporkan.

Kapasiti mereka terlalu padat, jadi sudah tentu agak sukar untuk mengamalkan penjarakan sosial.

Tidak kurang juga, bukan mudah untuk menjaga kebersihan 100 peratus jika sudah tinggal di perumahan yang ‘kurang sempurna’.

Apa-apa pun, marilah kita mendoakan agar semoga mereka yang tinggal di kem pelarian di Syria sentiasa dijauhkan daripada jangkitan wabak COVID-19 ini.

Ameen.

Sumber: BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'