Siakap Keli
Kredit: Google

Amerika Syarikat Lapor Kematian Bayi Pertama, Umur Tak Sampai Setahun Akibat COVID-19

Amerika Syarikat, 29 Mac- Jabatan kesihatan Illinois telah mengesahkan kematian bayi pertama akibat COVID-19 di negari itu semalam.

Menurut The Guardian, ujian sedang dilakukan bagi mengenalpasti sama ada mangsa yang berusia kurang satu tahun itu mempunyai penyakit lain.

Pengarah Jabatan Kesihatan Illinois, Dr Ngozi Ezike berkata, “Penyiasatan menyeluruh sedang dilakukan bagi menentukan punca kematian.

“Kita perlu lakukan apa sahaja yang kita boleh lakukan untuk menghalang penularan wabak ini. Jika bukan untuk lindungi diri kita, tapi untuk lindungi mereka di sekeliling kita,” katanya.

“Jika anda selama ini tak kisah, ini satu peringatan bagi anda.”

Jarang berlaku

Jangkitan COVID-19 terhadap kanak-kanak adalah jarang berlaku berbanding golongan dewasa dan mereka yang memiliki masalah kesihatan lain, lapor laman itu.

Dalam kebanyakan kes, virus itu menyebabkan simptom yang ringan dan sederhana seperti demam dan batuk. Namun, sesetengah kes ringan pneumonia turut memerlukan rawatan di wad hospital.

Dalam kajian ke atas 2,143 kanak-kanak di China yang dijangkiti koronavirus, hanya 6 peratus daripadanya mengalami simptom yang teruk. Dari peratusan itu, lebih 60 peratus daripada mereka adalah berusia 5 tahun ke bawah.

Penulis senior kajian tersebut, Shilu Tong berkata, kanak-kanak yang lebih muda lebih teruk dijangkiti berbanding kanak-kanak yang lebih berusia berikutan sistem pernafasan mereka yang masih berkembang.

Sumber: The Guardian, People, CNN

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.