Siakap Keli

Angka Kematian Akibat COVID-19 Di Itali Kini Lebih 10,000

ITALI melaporkan sebanyak 889 kes kematian terbaharu COVID-19, menjadikan keseluruhan kematian berjumlah 10,023, tertinggi di dunia.

Manakala angka kes positif pula meningkat sebanyak 6,000 sehari, mencatat 92,742 kes keseluruhan terkini.

Menurut laporan Independent, daripada jumlah itu, seramai 3,856 pesakit berada di Unit Jagaan Rapi (ICU) dan 26,000 lagi dirawat di hospital.

Dalam pada itu, hampir 40,000 dikuarantin di rumah dan 12,384 telah sembuh, kata menteri kesihatan dalam satu kenyataan.

Selain itu, awal minggu lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyatakan harapan bahawa kadar jangkitan di Itali akan menurun.

Bagaimanapun, pakar-pakar memberi amaran bahawa adalah terlalu lama untuk menilai sama ada wabak itu telah memuncak.

Perintah lockdown Itali sepatutnya berakhir pada 3 April, namun pakar kesihatan berpendapat perintah tersebut mungkin perlu dianjakkan lagi.

Sumber: Independent

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.