Siakap Keli

COVID-19: 102 Kematian Dilaporkan, Indonesia Catat Kematian Tertinggi Asia Tenggara

JUMLAH kematian pesakit COVID-19 di Indonesia setakat ini berjumlah 102, menjadikan negara itu menduduki kedudukan kematian COVID-19 tertinggi di Asia Tenggara.

Sementara itu, jumlah pesakit yang disahkan positif pula terus bertambah.

Jurucakap Pemerintah, Achmad Yurionto berkata, terdapat pertambahan 109 kes positif terkini sehingga Sabtu, 28 Mac (semalam).

Jurucakap Pemerintah Indonesia, Achmad Yurianto. Gambar: Google

“Peningkatan 109 kes itu menjadikan keseluruhan kes di Indonesia sebanyak 1,155 kes. Jumlah pesakit terkini yang sembuh dan discaj adalah seramai 13 orang, keseluruhannya 59 orang sudah berjaya dirawat,” jelasnya, merujuk laporan agensi Kontan.

Dalam pada itu, Yuri berkata, pertambahan kes positif ini menandakan penularan virus tersebut masih aktif.

“Kontak rapat dekat masih terjadi.

“Bahawa kebiasaan (amalan) mencuci tangan dengan sabun masih belum diamalkan secara maksimum,” dakwanya lagi.

Gambar: Google

Sumber: Kontan, Liputan6, Worldometer

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.