Siakap Keli
Kredit: Bernama

Dua Fasa Bantuan Prihatin Nasional Akan Diberi Pada Hujung April Dan Mei- MOF

Putrajaya, 29 Mac – Kementerian Kewangan mengumumkan pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) akan diberi dalam dua fasa bermula akhir bulan hadapan.

Bantuan tersebut akan disalurkan secara terus kepada akaun bank penerima yang berdaftar dengan Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dalam dua fasa iaitu pada hujung April dan Mei.

Bayaran akan dilakukan sebanyak dua kali, iaitu RM1000 pada bayaran pertama dan RM600 bayaran kedua bagi penerima isi rumah berpendapatan RM4,000 dan ke bawah.

Sementara itu bagi isi rumah berpendapatan RM4000 hingga RM8001, mereka akan menerima RM 1000 melalui dua kali bayaran iaitu masing-masing RM500 penghujung April dan RM 500 penghujung Mei.

Bagi individu bujang berpendapatan dibawah RM2,000 pula, penerima akan mendapat bayaran RM500 dan RM300 manakala individu bujang berpendapatan diantara RM2,000 hingga RM4,000 akan menerima dua kali bayaran RM250.

Anda boleh merujuk grafik dibawah untuk mengetahui cara pembayaran dan maklumat-maklumat lain.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi pihak kementerian atau LHDNM melalui nombor telefon Kementerian Kewangan, 03-8882 9089 atau LHDNM di talian 1-800 882 747.

Sementara itu, kementerian turut mengingatkan penerima agar sentiasa merujuk kepada sumber rasmi bagi mengelakkan dari ditipu scammers yang semakin berani mengambil peluang ke atas mereka yang memerlukan bantuan.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.